Anwar imamkan solat jenazah Salahuddin, turut disertai menteri
  • 9 bulan lalu
BERITA SEMASA 24 JULAI 2023

PM imamkan solat jenazah Allahyarham Salahuddin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot Serkat Pontian pada jam 11 pagi, Isnin, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Solat jenazah itu turut disertai ahli-ahli politik, saudara-mara, rakan taulan dan masyarakat setempat.

Turut memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/MQtN

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo
Disyorkan