APM selamatkan lembu terperangkap dalam lumpur
  • 9 bulan lalu
APM selamatkan lembu terperangkap dalam lumpur

BERITA MOJO 15 JULAI 2023

Seekor lembu yang terperangkap di dalam parit berlumpur berjaya diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu dalam kejadian di Kampung Pauh, Badang, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat, lapor, wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin..

Lembu seberat 160 kilogram itu terlekat di dalam lumpur terbabit lebih 10 jam berjaya dibawa keluar pada jam 9.39 pagi.

Pegawai Pengurusan Bencana & Operasi daerah, Leftenan Mohd Safiyan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.07 pagi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/268389/edisi/kelantan/terperangkap-dalam-lumpur-lebih-10-jam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #KuasaRakyat #KekalNeutral