[LIVE] PRN: Banyak isu belum selesai?

  • 10 bulan lalu
[LIVE] PRN: Banyak isu belum selesai?

Tarikh Pilihan Raya (PRN) sudah direncana pada 12 Ogos depan bagi Kedah, Kelantan, Terengganu. Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sempena PRN ini, pengundi perlu bijak menilai siapa pemimpin dipercayai yang boleh memimpin rakyat dan membantu menyelesaikan masalah penduduk.

Siapa calon yang bekerja dengan baik dan mampu membawa suara rakyat? Kurang bercakap, kerja jalan rasanya lebih jadi pilihan berbanding pemimpin yang kuat berceloteh tetapi masalah di kawasan masing-masing tidak berkesudahan.

Tidak boleh membuat tafsiran awal sama ada rakyat memilih parti atau calon. Ada pihak yang mendakwa boleh merampas negeri itu negeri ini. Ada pula pihak mengatakan mereka mampu mempertahankan negeri milikan masing-masing.

Jelas, parti-parti terlibat kini sedang giat merancang strategi masing-masing untuk menakluk hati pengundi.

Apakah kriteria bakal YB menjadi pilihan rakyat di negeri negeri terlibat PRN itu? Adakah kali ini pengundi semata mata menilai siapa yang mampu menyelesaikan masalah mereka?

Masih banyakkah isu belum selesai menjelang PRN ini?

Semua perbincangan dalam Wacana Sinar Siri 405 bertajuk PRN: Banyak Isu Belum Selesai? di semua platform digital Sinar Harian.

Jika ada persoalan, kongsikan di ruangan komen!

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian
Youtube: https://www.youtube.com/@shariantv
Twitter: https://twitter.com/SinarOnline
Portal: www.sinarharian.com.my
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSdwcsuCr/

#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia
#SinarHarian