Kestabilan kadar faedah global tentukan pemulihan Bursa Malaysia

  • 11 bulan lalu
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, meramalkan prestasi Bursa Malaysia akan pulih apabila kadar faedah global menjadi lebih stabil, seterusnya menarik minat dan aliran masuk pelaburan asing ke rantau ini. Malaysia telah menyaksikan aliran keluar asing bersih sebanyak RM4.2 bilion pada separuh pertama 2023 disebabkan perbezaan kadar faedah Malaysia-Amerika Syarikat.