Imigresen siasat dakwaan menteri cetus kekecohan di KLIA
  • 10 bulan lalu
Jabatan Imigresen telah memulakan siasatan susulan dakwaan berlakunya insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) melibatkan seorang menteri pada Khamis.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, siasatan serta merta telah dijalankan berikutan tular berhubung laporan sebuah portal berita melibatkan perkara berkenaan.