Penumpang MAS boleh guna peranti ketika berlepas, mendarat

  • 11 bulan lalu
Syarikat-syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) diberikan kelulusan kawal selia oleh pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk membolehkan kesambungan pintu ke pintu mulai 1 Julai 2023.

Dalam kenyataan, MAG menjelaskan penumpang tidak lagi perlu mematikan peranti elektronik peribadi/mudah alih (PED) semasa pesawat berlepas dan mendarat.