Khutbah Jumaat di masjid Selangor beri penjelasan
  • 11 bulan lalu
Khutbah Jumaat di Masjid seluruh Selangor hari ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam dan penganut agama lain dilarang menggunakan kalimah suci itu.

Menurut khutbah itu yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, selain Islam adalah bercanggah dengan konsep keesaan Allah dan boleh membawa kekeliruan kepada umat Islam.
Disyorkan