Peniaga Banda Hilir minta jangan wujud zon bebas kenderaan

  • tahun lalu
Kira-kira 2,000 peniaga di sekitar Banda Hilir, Melaka meminta kerajaan negeri mengkaji semula cadangan mewujudkan zon bebas kenderaan atau ‘car free zone’ di kawasan berkenaan.

Ini kerana cadangan yang langsung tidak melibatkan perbincangan bersama peniaga mahupun wakil persatuan dilihat bakal memberi impak negatif kepada periuk nasi peniaga.