Malaysia mara ke separuh akhir
  • 11 bulan lalu
Pasukan badminton negara terus memberi berita gembira buat peminat di tanah air, selepas menundukkan denmark 3-1 untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China.

Lebih membanggakan ialah kegigihan dipamerkan pemain Malaysia yang berhempas pulas, selain mendapat tuah apabila pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia Viktor Axelsen, terpaksa tarik diri kerana kecederaan.