[TERKINI] Suami isteri disiasat gagal bekalkan baju raya online

  • tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menahan dua (2) individu disyaki melakukan kesalahan menuntut atau menyetujui terima bayaran tanpa niat untuk
membekalkan pakaian yang dijual secara dalam talian pada 11 Mei 2023.

Penahanan dua (2) individu terbabit yang juga pasangan suami isteri telah dilakukan di pejabat KPDN Cawangan Manjung, Perak susulan siasatan ke atas aduan yang diterima daripada orang awam berhubung penjualan pakaian secara dalam talian sempena Hari Raya Aidilfitri yang tidak wujud.

Disyorkan