Chuan Leong kembali raih emas selepas 8 tahun

  • tahun lalu
Selepas kira-kira 48 jam, Malaysia kembali menuai pingat emas di Sukan SEA 2023 menerusi Billiard yang disumbangkan Thor Chuan Leong dalam acara snuker perseorangan lelaki.

Menewaskan Akani Song-Serm-Sawad dari Thailand pada peringkat akhir yang berlangsung di Aeon Mall Sen Sok, Chuan Leong meraih emas selepas lapan tahun iaitu kali terakhir dimenanginya pada edisi 2015 di Singapura.