[TERKINI] Penduduk Malaysia berjumlah 33.2 juta pada suku pertama tahun 2023

  • tahun lalu
Penduduk Malaysia kini dianggarkan berjumlah 33.2 juta setakat suku pertama tahun ini sekali gus menyaksikan ia meningkat 1.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 32.6 juta.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah itu merangkumi 30.4 juta atau 91.7 peratus warganegara dan 2.8 juta atau 8.3 peratus bukan warganegara.

Disyorkan