Siapkan 2 ribu kek lapis sehari, penuhi tempahan dari luar Sarawak
  • tahun lalu
Kurang beberapa hari lagi menjelang Aidilfitri, pengusaha kek lapis warisan tidak menang tangan menyiapkan sekitar dua ribu kek lapis sehari.

Pemiliknya, Mohamad Hafeezi Abdullah berkata, kadar tempahan pasca pandemik telah meningkat dua ke tiga kali ganda dari kebiasaan.

Selain memastikan ia tiba pada waktunya, semua tempahan yang diterima dari Semenanjung, Sabah dan Singapura dihantar menggunakan sistem kumpulan mengikut lokasi dan tarikh tempahan bagi menjaga kualiti, tekstur dan rasa asli kek lapis Sarawak.