Antara 17 Ramadan dan malam lailatulqadar, ini penjelasan tentang tarikh nuzul al-Quran

  • tahun lalu
Antara 17 Ramadan dan malam lailatulqadar, ini penjelasan tentang tarikh nuzul al-Quran

Saban tahun, umat Islam meraikan nuzul al-Quran yang disambut pada setiap 17 Ramadan.

Ia merupakan peristiwa penting dalam lipatan sirah Islam yang mana ketika itulah mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad SAW iaitu al-Quran diturunkan kepada baginda.

Namun berkaitan peristiwa ini, masih ada segelintir orang yang keliru dengan tarikh penurunan al-Quran. Ini kerana terdapat khilaf dalam kalangan ulama berhubung dengan perkara itu.

Ada yang menyatakan bahawa ia jatuh pada 17 Ramadan dan sebahagiannya pula menjelaskan peristiwa penurunan al-Quran itu berlaku pada malam lailatulqadar.

Jom ikuti penjelasannya bersama Eksekutif (Penyelidikan & Pembangunan) Yayaysan Warisan Ummah Ikhlas, Mohammad Haizan Mohd Rozi dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.

#SinarIslamPlus
#soaljawabagamaedisiramadan
#Ramadan2023

Disyorkan