Jualan Agro Madani tawar barangan harga 30 peratus lebih murah - Mohamad Sabu

  • tahun lalu
Rakyat kini boleh mendapatkan harga barangan keperluan harian dengan harga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran biasa menerusi Jualan Agro Madani di seluruh negara.

Jelas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, program itu bermula dengan 10 lokasi di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sebagai projek rintis sebelum diperluaskan.