[TERKINI] Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri kuatkuasa 15 April

  • tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan skim harga maksimum musim perayaan Hari Raya Puasa 2023 yang akan berkuatkuasa dari 15 April hingga 30 April 2023.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub menerusi kenyataan memaklumkan, tempoh pelaksanaan adalah selama 16 hari iaitu termasuk 2 hari semasa perayaan.