Tahanan lolos ditemui cedera, pakai t-shirt

  • tahun lalu
Tahanan lolos ditemui cedera, pakai t-shirt

BERITA SEMASA 12 APRIL 2023

Dua tahanan warga Indonesia yang diberkas semula, pada Selasa dan Rabu, selepas meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke Penjara Ledang ditemui dalam keadaan lemah dan cedera ringan, lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Suprintendan Tok Beng Yeow berkata, Haji Samirudin dan Riki Rinaldi ditahan polis di dua lokasi berasingan di daerah ini dalam tempoh kurang 24 jam.

Katanya, kedua-dua suspek telah menukar baju lokap yang dipakai dengan pakaian lain iaitu t-shirt dan seluar jeans dipercayai dicuri.

Artikel: https://bit.ly/41g3rpa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian