Pelantikan Azeez sebagai Pengerusi KEDA perlu diteliti semula: Anwar
  • tahun lalu
Pelantikan Azeez sebagai Pengerusi KEDA perlu diteliti semula: Anwar

BERITA SEMASA 11 APRIL 2023

Lantikan bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan diteliti semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Beliau berkata, setakat ini pelantikan baharu tersebut belum dibuat dan perkara itu akan dibincangkan lanjut bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Bersih yang mengecam pelantikan beberapa pemimpin politik dalam GLC.

Pada 5 April lepas, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi KEDA yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang jawatan itu sebelum ini.

Artikel: https://go.sinar.la/3GwJyCm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian