Beza politik tak halang berbuka bersama

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 9 APRIL 2023

Perbezaan fahaman politik bukan halangan bagi penduduk Kampung Teluk Paku, di Kuala Terengganu, Terengganu untuk bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa bersama, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Tidak menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai jurang pemisah, seramai lebih 200 penduduk Kampung Teluk Paku, di sini bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa bersama di dataran kampung itu pada Sabtu.

Program digelar Majlis Berbuka Puasa Sekampung anjuran Kawasan Rukun Tetangga itu merupakan acara tahunan penduduk kampung berkenaan sejak 20 tahun lalu sejak tahun 2003 dan ia pernah ditangguhkan sebanyak dua kali kerana pandemik Covid-19.

Artikel berkaitan: https://go.sinar.la/3MyTkbf

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara tekan link di bio atau terus ke Story untuk baca berita terkini.

#BeritaSemasa #SinarHarian

Disyorkan