MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib
  • tahun lalu
Majlis Kerja Tertinggi UMNO memohon pertimbangan agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi pengampunan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pertimbangan tersebut selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda yang diperuntukan di bawah perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Disyorkan