Kebolehpasaran graduan perlu ditingkatkan sehingga lebih 90 peratus

  • tahun lalu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu kebolehpasaran graduan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ditingkatkan melebihi tahap semasa iaitu 90 peratus.

Beliau yang juga menteri KKDW berkata, ketika ini terdapat 280 institusi TVET di bawah KKDW serta agensi kementerian itu, dan tahap kebolehpasaran graduan telah mencapai 98.4 peratus dalam beberapa bidang, termasuk berkaitan penyelenggaraan kapal terbang.