Elaun 'on-call' diperluas kepada pegawai perubatan 6 klinik projek rintis: PM

  • tahun lalu
Elaun 'on-call' diperluas kepada pegawai perubatan 6 klinik projek rintis: PM

BERITA SEMASA 4 APRIL 2023

Kerajaan bersetuju memperluaskan elaun 'on call' kepada pegawai perubatan di enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi menangani kesesakan di hospital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluasan bagi elaun berkenaan turut dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu memaklumkan, kerajaan akan menyerap 12,800 orang doktor dalam tempoh tiga tahun dengan tahun ini menyerap 4,300 pegawai kontrak sebagai lantikan tetap.

Artikel: https://go.sinar.la/3nI3Pyt

#BeritaSemasa #Parlimen #SinarHarian