Kuih RM1 lima beranak licin dalam dua jam!
  • tahun lalu
Kuih RM1 lima beranak ‘licin’ dalam dua jam!

BERITA SEMASA 2 APRIL 2023

Wanita dan empat anak perempuannya tak pernah menyangka lebih 1,000 peket kuih-muih yang dijual dengan harga RM1 di Kampung Tanjong Baru, Taman Buaya, Kota Bharu, Kelantan, akan 'licin' dalam masa dua jam setiap hari, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Siti Maimunah Deraman berkata, walaupun berdepan kenaikan harga bahan mentah seperti telur, gula, tepung, beras pulut dan lain-lain, namun ia bukan halangan buat mereka menjual dengan harga tersebut.

Katanya, mereka membeli bahan-bahan mentah secara pukal yang secara langsung boleh menjimatkan kos perbelanjaan.

Artikel: https://bit.ly/3KaTxi2

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian