Tiada cadangan naik caj kenderaan Singapura masuk negara
  • tahun lalu
Tiada cadangan naik caj kenderaan Singapura masuk negara

BERITA SEMASA 28 MAC 2023

Kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar bayaran permit masuk kenderaan (VEP) RM20 bagi kenderaan berdaftar dari Singapura yang memasuki negara ini melalui pintu masuk antarabangsa Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sekiranya kadar bayaran VEP dinaikkan ia dibimbangi menyebabkan tindak balas dari Singapura yang akan meningkatkan kadar bayaran kepada kenderaan Malaysia yang memasuki republik itu.

Sebelum ini, ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad menyarankan agar kerajaan menaikkan kadar VEP khusus bagi kenderaan Singapura yang mahu memasuki negara ini melalui pintu sempadan antarabangsa di negeri ini.

Artikel: https://bit.ly/40l46FZ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian