Bantuan Kewangan Haji meningkat RM500j pada 2024
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 23 MAC 2023

Lembaga Tabung Haji(TH) menjangka jumlah Bantuan Kewangan Haji akan meningkat kepada hampir RM500 juta pada 2024 sekiranya kos bayaran menunaikan ibadah haji tidak disemak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im berkata, perkara itu akan memberi kesan kepada TH yang perlu memberikan keuntungan berpatutan kepada pendepositnya.

TH berdepan pelbagai cabaran dalam pengurusan haji termasuklah kenaikan kos menunaikan ibadah haji yang di luar kawalan TH di mana ia memberi kesan terhadap kemampanan kewangan institusi ini serta cabaran untuk mengekalkan tahap perkhidmatan terbaik.

#BeritaSemasa #SinarHarian #TabungHaji
Disyorkan