Puteri Sarah mohon hak jagaan anak
  • tahun lalu
Puteri Sarah mohon hak jagaan anak

BERITA SEMASA 22 MAC 2023

Puteri Sarah akan memfailkan Hadanah iaitu hak jagaan dua anaknya di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Bagaimanapun Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, yang tiba di mahkamah pada jam 10.59 pagi belum mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai permohonan itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/250875/berita/semasa/puteri-sarah-mohon-hak-jagaan-anak

Muzik: Elevate dari bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian