[LIVE] Dana Politik : Derma atau Rasuah

  • tahun lalu
Sembang-sembang mengenai dana politik sudah selesaikah? Masa terus berjalan. Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pun sudah berlalu.

Rang Undang-undang berkaitan sumbangan atau dana politik sangat penting kerana setakat ini tiada undang-undang atau peraturan yang mengawal selia pembiayaan politik.

Benarkah, akibat ketiadaan undang-undang mengenai sumbangan atau pendanaan politik, sumbangan diterima oleh mana-mana parti boleh dianggap sebagai rasuah?

Tetapi bagaimana pula jika pihak yang menyumbang itu benar-benar ikhlas?

Ikuti perbincangannya dalam Wacana Siri 389 bertajuk 'DANA POLITIK: DERMA ATAU RASUAH?' bersama panel iaitu Presiden Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil; Peguam, Datuk Seri Jahabardeen Mohamed Yunoos serta Ketua Biro Guaman dan Undang-undang AMK, Asheeq Ali.

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian
Youtube: https://www.youtube.com/user/SinarHarianWebTV
Twitter: https://twitter.com/SinarOnline
Portal: www.sinarharian.com.my
IG: https://instagram.com/sinarharian
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSdwcsuCr/

#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia
#SinarHarian