Konvensyen akan diadakan, pastikan hala tuju seiring

  • tahun lalu
Satu konvensyen bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di ibu negara pada Ahad malam.