Dialog Perdana Menteri bersama anak muda

  • tahun lalu
Petang ini bakal berlangsung sebuah program Dialog Anak Muda bersiri dikenali sebagai Temu Anwar dimana program ini diadakan bersama dengan program forum dan eksposisi pemerkasaan anak muda 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula semalam.

Program tersebut diadakan khusus bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja terutama anak muda bertanyakan soalan secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.