Sebahagian peruntukan untuk pemasangan jambatan bailey

  • tahun lalu
Sebahagian peruntukan tambahan RM150 juta yang diumumkan kerajaan pada Jumaat akan digunakan bagi pemasangan jambatan bailey di kawasan terjejas banjir di Johor.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemasangan jambatan berkenaan adalah bagi menghubungkan laluan-laluan yang terputus akibat banjir.

Koordinasi akan dilakukan jawatankuasa peringkat daerah sebelum pembaikan dan juga menaik taraf jalan-jalan dilakukan sepenuhnya.

Disyorkan