Yong Ana, Yop Padang tersesat berjaya dipindahkan

  • tahun lalu
Yong Ana, Yop Padang tersesat berjaya dipindahkan

BERITA SEMASA 15 MAC 2023

Tindakan pantas Jabatan Perhilitan Perak berjaya menangkap dua gajah liar yang tersesat di Kampung Padang, Gerik, Perak Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Gajah betina dan gajah jantan itu diselamatkan dalam tempoh 24 jam selepas dikesan berada di kawasan ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah penduduk.

Operasi menyelamat dan translokasi dua gajah liar berkenaan dijalankan pada Selasa dengan bantuan gajah denak, Indah dan Suria dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Terengganu.

Artikel: https://bit.ly/3YMGbxp

#BeritaSemasa #SinarHarian