Jangan hukum orang tanpa bukti: PM

  • tahun lalu
Jangan hukum orang tanpa bukti: PM

BERITA SEMASA 14 MAC 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri untuk mencampuri urusan perundangan terhadap mana-mana individu yang didakwa di mahkamah.

Justeru, Ahli Parlimen Tambun itu mengingatkan, sebarang hukuman yang dikenakan terhadap pesalah adalah berdasarkan undang-undang dan bukan atas arahan beliau.

Jelasnya lagi, setiap tindakan yang dikenakan terhadap mana-mana individu harus berdasarkan fakta dan bukti kukuh.

Artikel: https://bit.ly/3ZMIwK9

#BeritaSemasa #SinarHarian