PETRONAS catat pendapatan, PAT tertinggi dalam sejarah

  • tahun lalu
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) merekodkan pendapatan dan keuntungan selepas cukai (PAT) bagi tahun kewangan 2022 tertinggi dalam sejarah penubuhannya. Ia selepas syarikat minyak nasional itu merekodkan pendapatan sebanyak RM375.3 bilion, meningkat 51 peratus daripada RM248.0 bilion bagi tahun kewangan 2021.