KPDN sasar 500 premis di Sabah tawar Menu Rahmah

  • tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan 500 premis di Sabah menawarkan Menu Rahmah.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini sebanyak 105 premis makanan telah menyertai inisiatif Menu Rahmah di Sabah, dan lebih dari 1,531 premis perniagaan telah mendaftar di seluruh negara.