Bantuan banjir disalur kepada peladang selepas kawasan terjejas selamat

  • tahun lalu
Bantuan peralatan rosak atau hilang akibat banjir kepada pekebun kecil industri komoditi akan diserahkan pasca bencana, selepas kawasan terjejas disahkan selamat dari banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia bagi memastikan penilaian jumlah bantuan dapat dibuat dengan teliti.

Program bersifat tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan melibatkan ketua masyarakat sebagai medium informasi kepada peladang terjejas dan kerajaan khususnya di kawasan luar bandar.

Disyorkan