Takiyuddin gesa menteri jelaskan kriteria pengecualian usul tambahan UMNO
  • tahun lalu
Takiyuddin gesa menteri jelaskan kriteria pengecualian usul tambahan UMNO

BERITA SEMASA 7 MAC 2023

Isu percanggahan surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung keputusan usul tambahan UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan kesahihan kenyataan yang dikeluarkan kepada media berbanding surat yang tular.

Justeru, beliau meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan kriteria dalam memberi pengecualian kepada UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung keputusan meluluskan usul tambahan berkenaan.

Artikel: https://bit.ly/3YrKtKs

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian