RM16.42 juta bagi program pembangunan kepimpinan belia Sabah

  • tahun lalu
Kerajaan negeri Sabah telah memperuntukkan sejumlah RM16.42 juta untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan belia bagi melahirkan pimpinan belia yang berkualiti tinggi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada usaha memperkasa modal insan agar sentiasa kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegriti.

Jelasnya, sejak tahun 2020 pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan kepada golongan belia di negeri itu.

Disyorkan