Sumbangan Tunai Rahmah | Permohonan baharu, kemas kini maklumat sehingga 31 Mac

  • tahun lalu
Individu yang layak untuk mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengemukakan pendaftaran baharu atau mengemas kini maklumat bermula hari ini sehingga 31 Mac 2023. Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan memaklumkan, proses tersebut bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

Disyorkan