Bung Moktar mohon PM jangan potong peruntukan wakil rakyat

  • tahun lalu
Bung Moktar mohon PM jangan potong peruntukan wakil rakyat

BERITA SEMASA 27 FEBRUARI 2023

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin memohon agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan supaya tidak memotong peruntukan wakil rakyat yang menyokong kerajaan sekarang.

Menurutnya, ahli parlimen memerlukan peruntukan tambahan untuk disalurkan kepada rakyat sekaligus dapat membanteras kemiskinan.

Tegasnya, banyak lagi bajet daripada sudut lain boleh dipotong namun peruntukan buat ahli parlimen tidak perlu dikurangkan.

#BeritaSemasa #SinarHarian