Kes 1MDB | Bekas pegawai bank Goldman Sach mohon belas ihsan mahkamah

  • tahun lalu
Bekas pegawai bank Goldman Sachs yang disabitkan bersalah kerana membantu menyeleweng dana 1Malaysian Development Berhad (1MDB) mengemukakan rayuan kepada Mahkamah New York untuk tidak memaksanya menghabiskan lebih banyak masa di penjara.

Dalam menjangkakan perbicaraan hukumannya yang dijadualkan pada 9 Mac, peguam Roger Ng meminta mahkamah menunjukkan belas kasihan dan menjatuhkan hukuman penjara yang telah dikenakan di Malaysia.