Belanjawan 2023: Kerajaan tambah caruman KWSP RM500
  • tahun lalu
Belanjawan 2023: Kerajaan tambah caruman KWSP RM500

BERITA SEMASA 24 FEBRUARI 2023

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan beriltizam membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 di dalam Akaun 1 mereka, kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak RM500.

Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 billion ringgit.
Beliau berkata demikian ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen.

Artikel: https://bit.ly/3StkfWT

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2023