[SINAR LIVE] Bajet 2023: Puas hati tak?
  • tahun lalu
[SINAR LIVE] Bajet 2023: Puas hati tak?

Dalam bajet mini lalu, sebanyak RM107 bilion dibelanjakan bukan sahaja melibatkan pembayaran gaji penjawat awam, utiliti dan biasiswa tetapi turut merangkumi beberapa inisiatif lain kerajaan untuk memastikan kesejahteraan ekonomi rakyat.

Namun, sejauh mana Bajet 2023 yang sekali lagi dibentang semula di Dewan Rakyat hari ini mampu merancakkan kembali ekonomi negara di samping menyalur lebih bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia?

Saksikan Sinar Live bersama Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi dan Penganalisis politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin pada jam 6 petang ini di semua platform digital Sinar Harian.

Ada soalan? Ajukan di ruangan komen.

#SinarLive
#MalaysiaBerintegriti
#PerkasakanSuaraMalaysia