Sidang Parlimen | Singapura setuju henti aktiviti tambak Batu Puteh
  • tahun lalu
Singapura bersetuju untuk menghentikan sementara perancangan kerja-kerja pembangunan dan aktiviti penambakan Batu Puteh.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata malaysia secara konsisten membantah secara lisan dan bertulis terhadap aktiviti penambakan di pulau berkenaan.

Tegasnya Malaysia berpendirian singapura tidak berhak dan tidak wajar meneruskan perancangan kerja pembangunan dan aktiviti penambakan, sehingga kedua-dua negara memuktamadkan sempadan maritim di perairan tersebut.
Disyorkan