Si tukang kasut cekal urus anak demi sesuap nasi

  • tahun lalu
Si tukang kasut cekal urus anak demi sesuap nasi

BERITA SEMASA 21 FEBRUARI 2023

Seorang bapa cekal menjaga empat anaknya berusia lapan hingga setahun selepas berpisah dengan isteri dan kini menyara mereka dengan bekerja sebagai tukang kasut, lapor wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak.

Sebelum itu Kisah Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis, 24, tular di media sosial kerana membawa empat anak ketika mencari rezeki di hadapan sebuah bank di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.

Dia mengakui bukan mudah menguruskan keempat-empat anaknya yang masih kecil itu ketika membaiki kasut di jalanan, namun semua itu perlu dilakukan untuk menggalas tanggungjawab selepas berpisah dengan isteri pada Mac tahun lalu.

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian