Demam Denggi | Meningkat kepada 2,149 kes, empat kematian minggu lalu

  • tahun lalu
Jumlah kes demam denggi pada minggu epidemiologi ketujuh tahun ini (ME7/23), dari 12 hingga 18 Februari meningkat 9.3 peratus atau 182 kes kepada 2,149 kes berbanding 1,967 kes pada minggu sebelumnya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini, empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu lalu.