ITF World Junior | Skuad tenis remaja perempuan bawah 14 tahun ke pusingan kelayakan
  • tahun lalu
Skuad tenis remaja wanita Bawah 14 tahun negara mengesahkan slot ke pusingan kelayakan Remaja Dunia 2023 selepas membenam cabaran Singapura pada aksi final prakelayakan Asia-Oceania ITF World Junior Team Championship yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka.

Kejayaan itu hadir menerusi dua pemain perseorangan iaitu Adani Raihan Muhammad Azhari dan Daania Daniella Abd Hazli sebelum dilengkapkan oleh pasangan beregu Lynn Lim Lim/ Adani Raihan Muhammad Azhari.