[TERKINI] SPRM telah panggil Muhyiddin

  • tahun lalu
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan sumber ketika dihubungi Astro AWANi pada Jumaat.

Muhyiddin dipanggil dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan wang 300 juta ringgit disyaki diterima parti itu daripada dana di bawah pakej rangsangan ekonomi COVID-19.