Modal Insan | Hajiji Mahu HRD Corp bantu tangani jurang, cabaran tenaga kerja

  • tahun lalu
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) membantu dalam menangani jurang kemahiran dan cabaran tenaga kerja di Sabah.

Menurutnya, menerusi program-program latihan dan peningkatan kemahiran yang disediakan oleh HRD Corp kepada tenaga kerja sedia ada, ia dapat membantu memperkukuhkan pembangunan modal insan.