Jenayah | Lelaki lempar bom petrol ke pintu bank direman enam hari

  • tahun lalu
Gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah bank, seorang lelaki nekad bertindak membaling pintu institusi kewangan tersebut dengan bom petrol atau molotov cocktail.

Padahnya suspek ditangkap dan ditahan reman sehingga Khamis.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili ketika mengesahkan perkara berkenaan memaklumkan suspek mempunyai rekod jenayah termasuk kes dadah.