Dulu tukang cuci pinggan, kini usahawan jeruk 'nise' tersohor
  • tahun lalu
Dulu tukang cuci pinggan, kini usahawan jeruk 'nise' tersohor

BERITA SEMASA 10 FEBRUARI 2023

Wanita berusia 56 tahun dari Kampung Cherang, Kota Bharu tidak pernah menyangka hidupnya berubah apabila jeruk buah 'nise' hasil air tangannya merubah kehidupan dari seorang tukang cuci pinggan kepada usahawan tersohor di negeri Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Rohani Hashim atau Kak Ani, memulakan perniagaan jeruknya dengan enam jenis buah-buahan segar menggunakan resepi sendiri dengan adunan gula, gula melaka atau 'nise' dan cili kering.

Menurut ibu kepada enam anak ini, perniagaan yang diusahakan sejak lima bulan lalu umpama 'durian runtuh' buatnya apabila makanan itu tular selepas dimuat naik oleh seorang pelanggan di TikTok pada November lalu.

Artikel: https://bit.ly/3Xm1HZ6

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian